Wednesday, 30 September 2015

Diary #9

DATE: 30/9/2015
LOCATION: SECRET ROOM
TIME: 6:55 PM

CINTA..


Cinta tu memang indah.. orang katalah.. bukan aku..
Aku tak faham apa maksud cinta mereka.. Cinta kepada siapa..Cinta macamana..
Tapi bagi aku.. Cinta tu satu anugerah yang sangat bernilai..
Sebab.. even duit pun tak boleh beli cinta.. Even Mata duitan pun akan lari lepas dapat duit tu…sebab yang mereka inginkan adalah cinta..
Memang fitrah manusia untuk merasai penangan cinta..


*ni semua ayat aku sendiri kay,, walaupun tak sedap tapi takde copy n paste mana2 google ke pdf ke..hahaha


Bukan nye aku nak sangat cakap pasal cinta.. Tapi..apa yang aku Nampak kan..


Cinta manusia kini murah..
Mengapa murah? Bukankah setiap kisah cinta masing2 berbeza..
Ya..berbeza.. ada yang murah..ada yang mahal..
Di mana murah itu adalah cinta yang..


Diumpang dengan wang, dibelanja makan dan tonton wayang,
Dijual dengan ayat manis lebih manis dari Kek ceklat aku buat,
Ditipu dengan suara merdu si dia yang kaki kasanova,
Dijamu wajah-wajah cantik nan jelita lagi sempurna dan ajet-ajet korea..
Diperdaya dek kehiprokitan si dia pada pertemuan pertama,
Dan macam2 lagilah..
Cari lah yang mana kisah cinta anda..


Bukan apa, bagi aku..
Hidup hanya sekali..
Time nil ah kita patut kelam kabut kumpul amalan..
Mana tau kejap lagi bersemuka malaikat maut..


Time ni lah kita perlu bezakan yang mana perlu,
Yang mana satu sia-sia,.
Nak kata tak pandai beza,
Peksa BM dapat A.. -_-


Penat membebel, kita berpindah pula
Ke sebuah Kisah CInta yang…….. *fikir sendiri


Hidup aku ,,
Tak tahu nak kata malang atau beruntung,
Berkenalan dengan si dia tanpa dirancang,
Dek kerana satu pertemuan yang pada dasarnya rock-rock belaka,
Aku tak tahu nak tafsirkan,
Sampai satu hari aku terpaksa lukakan hati dia,
Dengan kata-kata Inshaa Allah, Allah reda,
Aku yakin sepenuhnya,
Walau terpaksa buatkan dia terluka,
Masih terlalu awal,
Sangat awal,
Atau aku sahaja yang terlalu negatif?
Entah..
Orang kata anak bongsu memang fail soal cinta,
Ye, aku mengaku memang betul..
Sampai sekarang aku diamkan perasaan..
Simpan elok-elok kunci dalam hati,
Sudah bertahun tak disentuh dibiarkan usang,
Biar usang pun,
Tetapi Masih hidup
 dek tersedar sejurus mendengar lagu,
Lagu yang mengingatkan aku kepada dia..
Tak nak cakap apa-apa,
Biarlah ini kekal sebagai kenangan,
Separuh kisah dongeng ku yang tak seberapa,
Biarlah Dia yang tentukan kisah selebihnya..
Mana tau ini kisah terawal dan terakhir sebelum aku dijemput Ilahi..
Mana tau juga jika jodohkan dengan insan lebih bermakna,
Mana tahu kan..


Bukan cinta si dia perlu kau risaukan,
Tetapi cinta Yang Maha Esa,
Jangan haraplah dapat sebuah kisah cinta indah-indah,
Kalau diri sendiri mencipta murka dari Allah,
Nauzubillah..







No comments:

Post a Comment