Wednesday 30 September 2015

Diary #9

DATE: 30/9/2015
LOCATION: SECRET ROOM
TIME: 6:55 PM

CINTA..


Cinta tu memang indah.. orang katalah.. bukan aku..
Aku tak faham apa maksud cinta mereka.. Cinta kepada siapa..Cinta macamana..
Tapi bagi aku.. Cinta tu satu anugerah yang sangat bernilai..
Sebab.. even duit pun tak boleh beli cinta.. Even Mata duitan pun akan lari lepas dapat duit tu…sebab yang mereka inginkan adalah cinta..
Memang fitrah manusia untuk merasai penangan cinta..


*ni semua ayat aku sendiri kay,, walaupun tak sedap tapi takde copy n paste mana2 google ke pdf ke..hahaha


Bukan nye aku nak sangat cakap pasal cinta.. Tapi..apa yang aku Nampak kan..


Cinta manusia kini murah..
Mengapa murah? Bukankah setiap kisah cinta masing2 berbeza..
Ya..berbeza.. ada yang murah..ada yang mahal..
Di mana murah itu adalah cinta yang..


Diumpang dengan wang, dibelanja makan dan tonton wayang,
Dijual dengan ayat manis lebih manis dari Kek ceklat aku buat,
Ditipu dengan suara merdu si dia yang kaki kasanova,
Dijamu wajah-wajah cantik nan jelita lagi sempurna dan ajet-ajet korea..
Diperdaya dek kehiprokitan si dia pada pertemuan pertama,
Dan macam2 lagilah..
Cari lah yang mana kisah cinta anda..


Bukan apa, bagi aku..
Hidup hanya sekali..
Time nil ah kita patut kelam kabut kumpul amalan..
Mana tau kejap lagi bersemuka malaikat maut..


Time ni lah kita perlu bezakan yang mana perlu,
Yang mana satu sia-sia,.
Nak kata tak pandai beza,
Peksa BM dapat A.. -_-


Penat membebel, kita berpindah pula
Ke sebuah Kisah CInta yang…….. *fikir sendiri


Hidup aku ,,
Tak tahu nak kata malang atau beruntung,
Berkenalan dengan si dia tanpa dirancang,
Dek kerana satu pertemuan yang pada dasarnya rock-rock belaka,
Aku tak tahu nak tafsirkan,
Sampai satu hari aku terpaksa lukakan hati dia,
Dengan kata-kata Inshaa Allah, Allah reda,
Aku yakin sepenuhnya,
Walau terpaksa buatkan dia terluka,
Masih terlalu awal,
Sangat awal,
Atau aku sahaja yang terlalu negatif?
Entah..
Orang kata anak bongsu memang fail soal cinta,
Ye, aku mengaku memang betul..
Sampai sekarang aku diamkan perasaan..
Simpan elok-elok kunci dalam hati,
Sudah bertahun tak disentuh dibiarkan usang,
Biar usang pun,
Tetapi Masih hidup
 dek tersedar sejurus mendengar lagu,
Lagu yang mengingatkan aku kepada dia..
Tak nak cakap apa-apa,
Biarlah ini kekal sebagai kenangan,
Separuh kisah dongeng ku yang tak seberapa,
Biarlah Dia yang tentukan kisah selebihnya..
Mana tau ini kisah terawal dan terakhir sebelum aku dijemput Ilahi..
Mana tau juga jika jodohkan dengan insan lebih bermakna,
Mana tahu kan..


Bukan cinta si dia perlu kau risaukan,
Tetapi cinta Yang Maha Esa,
Jangan haraplah dapat sebuah kisah cinta indah-indah,
Kalau diri sendiri mencipta murka dari Allah,
Nauzubillah..







Tuesday 15 September 2015

Diary #8

Time: 11:25 PM
Location: On my bed
Date: 4/9/2015

Hmmm... Tak tahu nak cakap apa..

Hati aku sedih sejak dua menjak,,,ayoyoooo ada je masalah aku ni..

hmmmmm.......

Sekarang aku rasa macam life is unfair. Entah la kenapa macamtu..

When someone yang rapat dengan kau betray kau dengan cara hanya kau je faham sakit dia macamna..and dia tak sedar itu adalah sebuah betrayal.. hasilnya sangat pedih..

Aku bukan malaikat.. Banyak rahsia aku rahsiakan... Nanti dikatakan membuka aib sendiri..payah..

Lelaki.. Insan yang kerap muncul dalam hidup aku..

Most of my family members : LELAKI
most of my lecturers: LELAKI
most of my friends je BUKAN LELAKI

sebab time sekolah menengah, aku pemalu orangnya..
Pemalu dan rasa rendah diri giler,, sebab aku ni tak cantik..jadi tak nak la jadi budak yang dicop
 "dia ni lah tak cantik, pastu annoying gilaa.." so aku buat keputusan jadi tak wujud dalam hidup kawan2 sekolah aku especially budak2 lelaki.. hanya kawan2 rapat, cikgu n classmates aku je sedar kewujudan aku di atas bumi ni..hahaha..

Start form 4, Alhamdulillah aku masuk SBP Sains..
Best lah, tak homesick langsung, sebab aku paling semangat nak masuk asrama dah lama da.. penat dikongkong rasa nak berdikari sikit..

Then, aku jd cultural shock.. Budak kelas aku ramai lelaki..dalam hati suka.. tapi otak cakap "adoyaaiiii"  "camna nak buat presentation nanti"

hahahah..boleh dikatakan semuanya ada rupa, hensem2 belaka....

still.. im being a girl with a low profile..

masuk form 5 ..tahun senior.. adalah zaman kegemilangan aku..

Aku kene masuk kelas semua perempuan yang kononya kelas budak2 elit.. Dalam sekolah tu ada dua je kelas elit, satu semua lelaki, satu lagi semua perempuan..

time tu speechless,..tapi lega jugak sebab boleh fokus utk SPM kan..takyah fikir nak pakai baju kurung apa untuk prep malam ..fuhh..

Ramai yang jeles dgn kewujudan kelas elit ni..macam bias pun ada.. tapi aku peduli pa..hahaha.
Hari demi hari.. Ramai lelaki yg menjadikan budak2 perempuan kelas aku sbg crush mereka..tak tau kenapa....mungkin kelas kami ramai yang cantik2 dan bijak2..maka di cop sebagai hot dan fofular..

Sekali lagi, aku peduli apa, aku nak straight A je time tu..

Tiba2 dengar ura2 aku pun sudah terlibat sbg salah seorg mangsa crush sorg student ni.. OMG..for the first time in forever.. buta apa mamat ni.. cari la perempuan lain,aku juga dia suka..hahha

Aku tak percaya pun senanya, tapi setelah banyak kali terserempak dengan mamat tu, memang obviously kawan dia kenengkan aku ng dia..kacau2..and dia pretend malu depan aku..Aku takde reaction sangat..Sebab tak pernah experience so, aku buat cool dan muka kosong jela..

Time tu aku pun confuse, aku ke dia yang lelaki ni.. Ciss..

Haha.. Lama-lama baru aku perasan, mamat tu senanya geng dengan sorang student yang pernah propose aku time form 4. Di mana geng mereka ni amatlah Famous + Nakal

 Hahaahahhahaha macam dalam novel pulak..

Kisahnya bermula time hujung tahun time aku form 4

Batch kitorg nk buat prom night .. So dorang buat proposal nak adakan partner lelaki perempuan untuk mlm tu,.. N adakan satu tarikh di mana lelaki cabut dapat nama siapa(perempuan). Nasiblah kalau bermadu pun..
entah kenapa sekolah aku approve, ..ciss

Tibalah masanya..

Satu malam..
Budak perempuan suma dok ready dalam kelas .. ada yang pakai bedak sapu baby johnsons dengan lips ice bagai... nak kene propose la katakan..

'yeahhhhhhhhhhhhhhh" bunyi tu keluar dari dalam dewan...aduhh..ada yang happy kot dapat nama crush dorang..

aku terfikir, agak2 orang yg dpt nama aku tu happy ke hampa???

Maka malam tu self esteem aku menurun dengan mendadaknya.. Dengan hati yang tabah, aku buat keputusan nak lari ..tak nak duk dalam kelas...aku pun pi cari port baikkk punya.. sambil2 baca buku untuk exam esok,,sampai la tamat waktu prep..

Aku pun balik la dorm..

“syu!!!!kau pi mana???? Dia cari kau kot, nak lamar hang!!”
Whattttttttttttttttttttttt

“kau ta nak tau ke siapa mamat tu?”
“tak nak!!jangan bagitahu aku!! Aku ta nak tahu!.. bye nak tido!”

Maka siapa gerangan mamat tu, misteri la ia sampai nak hampir 2 minggu . Mana taknya, aku lari je memanjang.
Nasib kau la! Sape suruh cabut nama aku..wekk..

Sampai lah satu masa aku tengah duk praktis koir utk wakil rumah..
Tengah duk nyanyi lagu Untuk Dia, tiba-tiba lagu

terus ubah kepada lagu “That Should be Me- Justin Bieber”

Pahallll pulak.. suka hati je ubah tiba2..bagilah sign dulu..

Tiba-tiba aku perasan ada sorang lelaki ni rapat je ngan aku..haiiiihh memang akan jadi mangsa tendangan aku ni! Makin rapat je..choiii jauh sikit lah!

Aku pun toleh sikit, aikk.. ni bukan mamat koir aku.. Tiba2 dia pegang bunga..hulur kat aku..

“will you be my date?”
Whattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

I can’t believe that… Tiba2 budak2 koir memngelilingi kami sambil bersemangat nya nyanyi lagu Justin tu..

Aku yang tersipu-sipu malu ni pun cakap ala-ala cerita omputih tu..

“yes! I do..” acah-acah movie sikit..

Dia pun sengih macam kerang tak mandi n blah dari situ..

Kawan2 lain datang peluk aku, macam aku kene propose kahwin..cisss~

So,
Sweet tak??

Sweet en??

Inilah antara kenangan manis yang tidak mungkin aku lupa,..

Aku nk usaha jaga ingatan, elak makan semut..

So nanti boleh aku cerita dengan belagaknya kat cucu cicit aku..biaq depa rasa opah depa ni hot..hihihi

Setiap orang ada kisah nya tersendiri… Anda semua pelakon ..Anda penulis skrip.. Anda pengarah..   tata!