Thursday 30 April 2015

Diary #3

Time : 2.11 a.m
Date : 1/5/2015
Location: In my room

Assalamualaikum guyss.. selamat malam..

Mesti korang pelik, tak masuk akal ke dia ni post blog malam malam buta ni.. 

Ca'mon guyss, malam tak buta. So, tak salah kot.. Mungkin sebab ada benda aku nak luahkan dan kongsikan kat sini. Mungkin boleh jadikan teladan or whatsoever.

Em.. malam ni aku rasa sayu sangat. Entah kenapa..

and ada benda yang selalu menganggu benak fikiran aku,.

maaf korang, sebab malam ni bahasa aku memang terniat untuk jiwang. Korang nak terima atau tidak itu terpulang.

Read it or leave it.

Biasalah, hidup mesti banyak ujian dan dugaan. Itu semestinya. Begitu juga dengan hidup aku, Dari kecik, berumur darjah 5 *macam tak kene je tatabahasa , aku dah diuji. Family aku, mak aku lagi banyak diuji. Nanti aku cerita. Tapi sekarang bila berumur 19 ni.. Ujian dia lain beb. Fuhhh.. Syaitanirrajim kerap merasuk menusuk jiwa kalbu beb.

Jangan fikir lain pulak.

Korang tahu, dari kecik, means dari lahir la senang cerita, aku memang tak pernah couple. Atas beberapa sebab pada waktu tu :

1)  Aku cabar diri aku sendiri
2)  membuang masa
3) Habis kan topup maxis aku * sekarang pakai ToneExcel, nak join sekali pm *sorry buat business kat sini
4) atas nasihat abg Mirul aku yang ensem lagi macho panas dan hott *maaf dia dah kahwin anak 2

Itu je sebenarnya. Semakin besar, aku faham, sebab dalam Quran, Allah dah larang kita. Untuk MENDEKATI Zina.

Couple = Mendekati zina = Haram

hmmm...

agak ramai yang sedar , tapi buat buat tak sedar
agak ramai yang dah lama tahu dari aku, , tapi dia kata Allah Maha Pengampun , boleh ampunkan dosa dia dan dia pun melambatkan taubat , ala..couple kitorang bukan pegang tangan.. But, u still couple,. Jangan nak ber ala ala sangat.. Bagi makan siput lala baru tahu..

hmmm

Dah banyak blogger2 Ustaz2 cerita bab couple ni. aku rasa 99% melayu Islam di Malaysia tahu hukum couple, .. tapi.. takde effect pun..

hmmm..

sebab tu aku malas nak kupas.. sebab korang lagi tahu dari aku...

dan aku belum cukup cukup ilmu untuk berhujah macam macam..

Alhamdulillah so far aku dapat lindungi aku dari isu Couple ni..

korang ingat senang ke nak kekalkan status bujang single trangtangtang ni.. Hmmm..banyak ujian woo.. Sekarang ni lagi banyak ujian. Alam university ni penuh dugaan. Nasib baik sekeliling aku terjaga. Tapi terjaga mana sekalipun, masih ada ramai yang couple, ada kekasih, hari hari bercontact, berkasih sayang, tengok wayang sama sama,,update kat Insta...keluar jalan jalan,,,update kat Facebook.. .. Semua nya di sekeliling aku...seolah olah bangga dengan d*** yang dia buat.

Aku berat nak cakap benda ni. Aku takut korang terasa. Tapi, aku takda kekuatan selain tulis kat blog ni je. Maaf ye.

Di sebabkan orang sekeliling aku ni semua dok ada pacar, jadi aku pun terasa teringin gak en..

UHhhh... tapi sabar... Aku ingat balik prinsip yang aku pegang..

"Cinta aku yang satu pada Allah.. mana boleh aku curang dengan Allah dengan bercinta dengan makhluk ciptaan dia yang lemah macam aku sedangkan aku boleh cintakan Allah Yang Maha Agung. Dan besar mana sayang mama dan abah pada aku, Allah sayang makhluk dia berganda ganda dari mama abah sayang kita."

bayangkan lah BESAR mana CINTA ALLAH TU..

BEYOND THE INFINITY KOTT

*quote ni tak berapa sedap.. asalkan difahami akal dan jiwa jadilah..

So, bila aku ingat balik,.. fuhh... Alhamdulillah ..keinginan untuk mempunyai boipren sudah pun hilang..


yeahhh..


maksudnya Allah masih sayangkan aku..kan??

Allah pun sayang kau..jangan risau.. Sebab tu kau diuji sekarang ni..

Kalau kau macam aku.. teringin nak ade kekasih..Ingat balik ayat aku kat atas yang tak berapa sedap tu. InsyaAllah oke punya.

*kenyit mata belah kanan ( untuk sama jantina je pliss)

Hurmm..kalau kau tengah couple kan,, tapi kau berat nak tinggalkan dia..aku nak tanya satu je..

ADAKAH KAU CINTAKAN KEKASIH KAU LEBIH DARI ALLAH??

fikirkan...


Tak kisah lah parents restu ke tak,. tapi kalau benda mungkar pun kau nak buat.. kesian lah mak ayah kau nak jawab dalam kubur nanti.. im just saying the truth.. Truth is Bitter Right..? then makan lah gula gula Kopiko
*k tak lawak


hmmm.................................................


Aku hanya mampu doakan agar kita sama sama berubah .. Ingat balik pada Allah..

Ingat weyhhhhh.. satu benda ni...

TEMPOH MASA KITA HIDUP KAT DUNIA LAGI SINGKAT DARI TEMPOH KITA MATI DALAM KUBUR

seraaammmmmmmmmmm


okelah.. salah dan silap harap diampun. Semuanya untuk kebaikan kita bersama.




* sorry lah pic kali ni masalah technical sikit.. Tu yang begini rupanya tuh.. haha yang penting
 BACA AYAT TUHHH...

*peace




Saturday 25 April 2015

Diary #2

Time: 11.27 a.m
Date: 26/4/2015
Location: Neat room 

Good morning,  Assalamualaikum, salam 1 Ummah.. 

Wah..
sekarang nak kata pagi tak ada lah pagi sangat. Mungkin kerana dek udara yang masih segar bugar dan permandangan pokok-pokok yang melambai-lambai seperti memanggil aku untuk berjoget-joget dengannya. Semuanya dapat dirasai sejurus selepas membuka jendela..

tu dia, boleh jadi cikgu BM aku ni. 

Hidup sebagai seorang penuntut bukan mudah. Dia mula lagi sastera dia.

Kita harus bijak dalam uruskan masa walaupun kadang-kadang aku sendiri yang tidak tentu hala. Apa yang dimaksudkan dengan bijak

Bak kata seorang cendekiawan unggul bernama Ana wawa *bukan nama sebenar

"Bijak, pandai, dan cerdik adalah terma yang berbeza"

Di mana contoh bijak adalah seperti dalam aspek menguruskan kehidupan.

Aku nak bagi sedikit formula chemistry *cis,,malas aku nak baca

Tidakk!! jangan pergii..

Aku bergurau jelah.. *lega

Aku nak bagi formula apa yang seseorang penuntut ilmu perlu ada.. Terutamanya seorang MAHASISWA.

CIRI-CIRI MAHASIWA TIDAK BERKUALITI
 *harap-harap bukan aku 
mereka yang hanya mempunyai 3K setiap hari

Kelas

Kafe

Katil

Mana- mana yang memang dah ada 3K ni, ukan tak bagus, tapi aku sarankan hampa tambah lagi K yang ada biar meriah sikit hidup..

jangan takdak life beb!  Yang amik IB, pharmacy, dentistry, perubatan yang konon "takde life" tu ..mohon jangan beri 1001 alasan..kau boleh 'havoc' kan life.., cuma malas je..

Havoc, havoc  jugak.. bukan aku suruh pi clubbing, pi berjimba tak ingat Tuhan, Tak ingat Mati.

Aku suruh tambah K je..
*pe benda dia ni , K ape benda pulak ni

K-Kesatuan

Terlibatlah dengan jemaah..Nescaya ada orang bimbing..Make sure tengok latar belakang jemaah. Takut tersalah masuk sesat kat Jemaah Abuya..Naya!
Nanti aku akan cerita pasal jemaah.. ingatkan aku.

Dan segala jenis K yang kau boleh cipta dan laksanakan dalam kehidupan seharian.

Kau lagi bijak dari aku,

dan ini adalah elemen-elemen penting nak jadi mahasiswa lagi bijak

4 ELEMEN

- Idealisme - kene banyak membaca hal ehwal luar, dalam dan luar negara, moga moga pemikiran kau tak tersempit dalam tempurung bersama katak.

-Intelektual- banyakkan baca buku buku intelektual. Orang yang berilmu ni darjat lagi tinggi.
 *riak tu. Tak boleh
Aku tak suruh riak, aku suruh banyakkan baca buku2 berilmu,Bila orang nak kelentong kau, kau boleh bidas, bukan angguk-angguk dan mudah kene kelentong sahaja.

Ni contoh2 tokoh Islam yang bijak yang banyak kita boleh belajar dari mereka.

-Hassan Al Banna 
-Sayid Qutb
-Yusuff Al Qardawi
-Syed Naqib Al Attas
-Hamka
-Dr. Maza

ade banyak lagi.. yang kat atas ni..cari kat Sheikh Goggle..pergi siasat latar belakang dan sumbangan mereka pada Ummah.. Researh Time!!

-Aktivisme- bagilah sikit sumbangan dekat masyarakat, kau tu ada tangan, kaki, makhluk cukup sifat, jangan bongkak sangat.

Bukan nak suruh pi bagi duit yang tak berapa nak banyak dalam dompet tu. Aku rasa hampa cukup dewasa nak fikirkan apa yang aku cuba maksudkan. Kalau hampa tak dapat pick-up lagi. Hampa tak cukup matang lagi lah tu.

-Spiritualisme-  Haa!! This is the most IMPORTANT!!
* dah tu hang pi letak kat bawah sekali kenapa

Setiap manusia melakukan kesilapan. Harap maklum, aku ialah manusia. Bukan makhluk asing dari  Planet Jupiter.

Spiritualisme tu ape?

Pergi search wikipedia.

Malas, Takde internet

Yang hang bukak blog ni pakai ape? eleh..

Yang ni screenshot semalam!

Ciss!!

Okay.. spiritualime ini hanya manusia yang matang, berdedikasi, bertanggungjawab pada agama sahaja yang tau. Yang tidak tahu, silakan mencari maksud nya.

Dah penat menaip. Nak move on buat assignment pulak. 

Terima kasih awak sebab baca diary kita!!
euuww.. meremang bulu roma

bye
xoxo,
anawawa










Friday 24 April 2015

Diary #1

Time: 9.00 p.m
Date: 24/4/2015


Location: Meja study yang disayangi hendaknya

Hello, Guten Nacht, Assalamualaikum W.B.T

cak!!!~~~~

hmmm sekarang langit berwarna hitam ditemani kilat kilat sabung menyabung dan ohh noo,, blackout!!

but, tu tadiii.. hehe *kalau blackout acanoo nak tulis uoolss

This is my first diary .. *overexcited
Im used to write about 4 series of diaries .. i mean the real one....

okeyh, stop jadi mat saleh sat, aku nak kembali kepada  jadi gadis kampung beserta bahasa rojak buahnya + kuah kacangnya...

Ada satu pesanan yang asyik duk terngiang ngiang di kepala, minda, cuping telinga, kelopak mata dan sewaktu dengannya (dah Terngiang-ngiang patut pada telinga ja *BM fail ciss)

Mengenai .. MAKING CHANGES IN OURSELVES *ha, suka la tu nak tau.. 

Alright, there are 3 elements that you should implement
  UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN a.k.a ANJAKAN PARADIGMA yang wow..that will lead you to be a better person and sekaligusss akan ubah corak hidup kau dan prestasi diri kau.

Maka syarat syaratnya adalah disiplin.

baca, hayati, dengaq betoi betoi, mohon tutup notification whatsapp hang tu..asyik berbunyi jaa dari tadi..

1. Bangun tidoq dari sebelum subuh lagi

"Mak aii,, susahnya rule number 1 ni, ..nak berubah pun payah.. " haisshh..memang la payah..
Dalam dunia ni mana ade benda senang beb. Semua benda susah beb.. Even nak mencuri pun susah, hang ingat senang ka,, nak kene pasang strategi..bukan boleh senang pecah masuk rumah orang je.. Okey aku ta suruh hampa pi mencuri, tapi nak dibandingkan dengan BANGUN PAGI BEFORE SUBUH, aku rasa hampa tau mana lagi senang..

"senang je dia ni cakap..dia boleh la da biasa, aku ni.. kadang kadang jaga kadang kadang tak..Malam-malam aku layan cerita Running Man, mana sempat nak bangun before subuh,,.ciss" Hmm sebab tu lah adik2 Abam2 akak2 sekalian, we should try sayang..*panggilan sayang hanya untuk sesama jantina,,

"nak buat apa bangun awal sangat.. Bangun subuh time dengar azan la bagus..jimat masa.." ya..bagus kalau kau bangun solat fardhu subuh.. Bagus lagi kalau kau bangun Solat Tahajjud sekali.. sunat tu.. Kau ingat utk apa Motif bangun before subuh? sambung level 100 main game c.o.c? atau sambung tengok Running Man episod 243? takk beb..bangun sebab nak suruh - solat tahajjud-then boleh sambung siapkan assignment,homework mana mana tak siap lagi-sambung buat revision-

"at least kalau tak sempat nak buat semua buatlah SOLAT TAHAJJUD"

"dia ni cakap je lebih.. tah dia sendiri bangun ke tidak" hmm...

"Kalau kau betul betul ikhlas nak berubah, kau akan cuba melaksanakan tanpa mengambil kisah mengenai orang lain.. Sebab ianya mengenai diri kita sendiri".

saya ulang ,

"Kalau kau betul betul ikhlas nak berubah, kau akan cuba melaksanakan tanpa mengambil kisah mengenai orang lain.. Sebab ianya mengenai diri kita sendiri".

nanti2 aku akan share Cara cara untuk tidak sambung tidur lepas bangun tidur. * berbelit lidah aku
tolong ingatkan aku,,

2. Habiskan semua perkara yang hang mulakan
aishh dia ni, nak tunggu tip nombor 2 punya lama

Hang start main Candy Crush,,hang nak try habiskan level sampai leevel terakhir tak?? #of course
ape barang dia ni, sebut candy crush, aku main c.o.c.

okelah... hang start main c.o.c, sekarang hang da sampai level berapa..? amboii gigih nya nak bagi habis..
yela, best uh.. kau tau ape..

"ape dia ni, tak main la main game, aku tengok anime jepun la.."

okay..okay!! tak kisah lah anime ke, drama jepun korea Italy Perancis Mexico Italy, dan segala jenis game dari meliputi langit dan bumi,, hang mesti try nak habiskan kan???

Aku nak tanya, tengah tengah duk baca buku Business *contoh sambil ditiupi angin kerna dek jendela yang terbuka, adakah hang akan habiskan sampai chapter terakhir?? Jawapanyya??
#of course la tidak.. waras ke tak dia ni, lecturer aku baru ajar sampai Chapter 1. 

haha.. kau nampak mesej telegram yang aku cuba nak sampaikan, 
tak langsung.. dia cakap apa aku pun tak faham

CONTOH YANG KAU SELALU BUAT TAPI KAU NAFIKAN>>SILAKAN DEEP LEPAS NI

1. kau Berazam untuk start berhijrah, berubah, to be a better person. Maka kau mulakan dengan Tidak Tidur lepas Subuh + solat Tahajjud.. Tahniahh!!!
First Day         -=BERJAYA!!
Second Day     = BERJAYA!!
Third Day       -alah,, lagi 5 minit nak masuk subuh, at least aku bangun = BERJAYA!!
Fourth Day     -tak sedar weyh, patutnya aku bangun, Running Man punya pasal ni.. Gwang Soo                                lawak sangat semalam ..terpaksa tengok 4 episod berturut2.. takpa esok try lagi
                         =TAK BERJAYA!!

Fifth until Next next...DAy- Terlupaa weyhh nak bangun before subuhh = LAGII TAK BERJAYA!!

Satu sahaja nak cakap, 

satu konon, kat atas tu panjang lebar jaa..

Biaq pi la..blog aku 

Dari Abu Amr - ada yang mengatakan Abu Amrah - Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi R.A.
Dia berkata, “Wahai Rasulullah, Katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu.” Rasulullah S.A.W bersabda, ” Katakanlah: “Aku beriman kepada Allah, lalu istiqomahlah.” (HR Muslim)

*Banyakkan berdoa agar sentiasa dilindungi oleh Syaitannirrajim dan Berusahalah untuk beristiqamah..chaiyokk!!! (n_n)

3) FOKUS!! Jangan biarkan benda lain menganggu even 0.001% perhatian kau

Buat benda kalau nak sampai habis kena fokus.. baru habis beb..

tetapkan satu mind set..

contoh 

"Sekarang ni jam 9.00 p.m. .. aku nak kasi settle kerja Add Math dalam masa 2 jam..Time ni jangan sebarang anasir anaisr luar mahupun makhluk asing sikit pun ganggu aku.. Wahai Add Math, this is our Showtime "

maka fokuslah... jangan sekali benarkan2 makhluk2 luar ganngu.. Kalau parents panggil minta tolong cuci pinggan tu lainlah,, silakan..

InsyaAllah berkesan.. ASALKAN KITA BERDISIPLIN- 

"Jangan manjakan diri tu sangat.. sampai satu tahap dia akan jadi degil.."

saya ulang, 

"Jangan manjakan diri tu sangat.. sampai satu tahap dia akan jadi degil.."

CONTOH SENARAI ANASIR LUAR LAGI PAPARAZZI 
*tetibe paparazzi, maksud aku menyebok la..

-Whatsapp Facebook Instagram KIlogram Miligram dan segala jenis gram mahupun SOCIAL NETWORK SITES
*blog anawawasopendiary tak..hehe..sebab ianya perlu dibaca ketika masa lapang jaahh.. 

-segala bentuk APPS yang wujud di handphone canggih anda.. 
*konon edit gamba ngan classmates pagi tadi guna CYMERA mahupun PHOTOGRID serta VISCOCAM

-Segala jenis anasir perosak yang ...ciss ...., menganggu masa Fokus anda waktu itu.


wokeyhh..harap uoolss dapat manfaat dari sedikit bebelan saya..
selamat beristiqamah dan jangan pernah putus asa untuk berubah..\

"Tidak kira besar atau kecil amalan kita,  Allah melihat keikhlasan serta usaha kita untuk berubah agar kita lebih dekat dengan Dia.. Kerna ALLLAH ITU MAHA PENYAYANG"


                                              xoxo,
ana_wawa.





Wednesday 22 April 2015

Al Mukaddimah

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful,

Alhamdulillah, setelah berhari hari aku berazam nak buat blog, akhirnya Dia memilih aku untuk membuka satu akaun blog agar dapat dimanfaatkan kepada semua..

First blog mestilah ayat skema .. hahaha

Harap makum, segala bahasa yang digunakan Rojak rojak belaka..sebab aku da lama mengidam rojak penang + rojak buah .. ciss

Content ini blog InsyaAllah meliputi pelbagai aspek kehidupan dari sudut sains ke teknologi dan meliputi semua satelit satelit di bumi sehinngalah ke Liang Lahad.. hambik kau ..

Saya Ana wawa *bukan nama sebenar ingin meletakkan azam yang kukuh agar blog ini menjadi sebuat wasiat penting untuk generasi yang akan datang.. ayat agak pelik = merepek =deep.

Itu sahaja..

Pergi ke kedai membeli Spoon,
Salah silap harap diampoon..

*tak kena lagi punchline ciss.