Date: 26/4/2015
Location: Neat room
Good morning, Assalamualaikum, salam 1 Ummah..
Wah..
sekarang nak kata pagi tak ada lah pagi sangat. Mungkin kerana dek udara yang masih segar bugar dan permandangan pokok-pokok yang melambai-lambai seperti memanggil aku untuk berjoget-joget dengannya. Semuanya dapat dirasai sejurus selepas membuka jendela..
tu dia, boleh jadi cikgu BM aku ni.
Hidup sebagai seorang penuntut bukan mudah. Dia mula lagi sastera dia.
Kita harus bijak dalam uruskan masa walaupun kadang-kadang aku sendiri yang tidak tentu hala. Apa yang dimaksudkan dengan bijak?
Bak kata seorang cendekiawan unggul bernama Ana wawa *bukan nama sebenar
"Bijak, pandai, dan cerdik adalah terma yang berbeza"
Di mana contoh bijak adalah seperti dalam aspek menguruskan kehidupan.
Aku nak bagi sedikit formula chemistry *cis,,malas aku nak baca
Tidakk!! jangan pergii..
Aku bergurau jelah.. *lega
Aku nak bagi formula apa yang seseorang penuntut ilmu perlu ada.. Terutamanya seorang MAHASISWA.
CIRI-CIRI MAHASIWA TIDAK BERKUALITI
*harap-harap bukan aku
mereka yang hanya mempunyai 3K setiap hari
Kelas
Kafe
Katil
Mana- mana yang memang dah ada 3K ni, ukan tak bagus, tapi aku sarankan hampa tambah lagi K yang ada biar meriah sikit hidup..
jangan takdak life beb! Yang amik IB, pharmacy, dentistry, perubatan yang konon "takde life" tu ..mohon jangan beri 1001 alasan..kau boleh 'havoc' kan life.., cuma malas je..
Havoc, havoc jugak.. bukan aku suruh pi clubbing, pi berjimba tak ingat Tuhan, Tak ingat Mati.
Aku suruh tambah K je..
*pe benda dia ni , K ape benda pulak ni
K-Kesatuan
Terlibatlah dengan jemaah..Nescaya ada orang bimbing..Make sure tengok latar belakang jemaah. Takut tersalah masuk sesat kat Jemaah Abuya..Naya!
Nanti aku akan cerita pasal jemaah.. ingatkan aku.
Dan segala jenis K yang kau boleh cipta dan laksanakan dalam kehidupan seharian.
Kau lagi bijak dari aku,
dan ini adalah elemen-elemen penting nak jadi mahasiswa lagi bijak
4 ELEMEN
- Idealisme - kene banyak membaca hal ehwal luar, dalam dan luar negara, moga moga pemikiran kau tak tersempit dalam tempurung bersama katak.
-Intelektual- banyakkan baca buku buku intelektual. Orang yang berilmu ni darjat lagi tinggi.
*riak tu. Tak boleh
Aku tak suruh riak, aku suruh banyakkan baca buku2 berilmu,Bila orang nak kelentong kau, kau boleh bidas, bukan angguk-angguk dan mudah kene kelentong sahaja.
Ni contoh2 tokoh Islam yang bijak yang banyak kita boleh belajar dari mereka.
-Hassan Al Banna
-Sayid Qutb
-Yusuff Al Qardawi
-Syed Naqib Al Attas
-Hamka
-Dr. Maza
ade banyak lagi.. yang kat atas ni..cari kat Sheikh Goggle..pergi siasat latar belakang dan sumbangan mereka pada Ummah.. Researh Time!!
-Aktivisme- bagilah sikit sumbangan dekat masyarakat, kau tu ada tangan, kaki, makhluk cukup sifat, jangan bongkak sangat.
Bukan nak suruh pi bagi duit yang tak berapa nak banyak dalam dompet tu. Aku rasa hampa cukup dewasa nak fikirkan apa yang aku cuba maksudkan. Kalau hampa tak dapat pick-up lagi. Hampa tak cukup matang lagi lah tu.
-Spiritualisme- Haa!! This is the most IMPORTANT!!
* dah tu hang pi letak kat bawah sekali kenapa
Setiap manusia melakukan kesilapan. Harap maklum, aku ialah manusia. Bukan makhluk asing dari Planet Jupiter.
Spiritualisme tu ape?
Pergi search wikipedia.
Malas, Takde internet
Yang hang bukak blog ni pakai ape? eleh..
Yang ni screenshot semalam!
Ciss!!
Okay.. spiritualime ini hanya manusia yang matang, berdedikasi, bertanggungjawab pada agama sahaja yang tau. Yang tidak tahu, silakan mencari maksud nya.
Dah penat menaip. Nak move on buat assignment pulak.
Terima kasih awak sebab baca diary kita!!
euuww.. meremang bulu roma
bye
xoxo,
anawawa
No comments:
Post a Comment