Wednesday, 10 June 2015

Diary #5

Time: 3.13 pm
Location: sweet Room  
Date: 21/5/2015

Haa… Alhamdulillah..  dapat sambung balik esei berharga anugerah Nilam aku ni.. hahaha
Agak lama jugak tunggu nak publish benda alah ni sebab biasalah.. We are human..  Human got lot things to do..  Got lot things to commit..  Got lot things to think.. 

Diary kali ini berkisarkan tentang latar belakang hidup seorang insan yang bernama Ana Wawa (bukan nama sebenar).

Macam tak menarik je topic kali ni..

Ya. Aku tahu aku bukan sesiapa.. Hanya insan biasa.. Cuma mungkin di sebalik kisah ini, ada sedikit pengajaran dan nilai2 murni yang boleh kau garabkan dan simpan dalam kepala otak sampai nafas kau yang terakhir..

Mula dah bahasa KOMSAS dia..
Opss!! Sorry..

Kat mana aku nak mula.. hmm..
Setibanya tarikh 27 November 1996, seorang bayi dilahirkan,

*wah, penat ni nak cerita dari lahir bagai. Aku jamin punya korang akan fed up dan berusaha untuk campak I-Phone 4s dek kerana sakit hati dengan cerita aku.. Tapi aku yakin korang takkan campak..well, I-phone kot.. tak nak kasi lah aku.

Hidup aku sama saja seperti kanak-kanak Ribena yang lain.. Beruntungnya aku sebab akulah satu satunya Princess Cinderella di kalangan 3 Princes Charming  dalam family. Aku anak bongsu dan lahir dalam klinik sahaja. *bukan hospital harap maklum

Dari kecil aku diberi pendidikan awal, diajar mengeja  ABC dan Alif Ba Ta sejak berumur 4 ke 5 tahun, tak ingat. Alhamdulillah, disebabkan mama abah dah masukkan aku ke sekolah rendah agama KAFA, dan walaupun aku bukan budah tahfiz semua, tapi Alhamdulillah, hukum2 Tajwid semua, benda2 asas agama aku masih tanam dalam jiwa..

p/s: Kepada pembaca make sure dah ada anak nanti, jangan asyik fikirkan pendidikan secular pada anak-anak,  pendidikan Agama lagi penting sebagai tunjang membentuk akhlak dan moral mereka. Jadikan anak sebagai asset kita ke syurga.. kalau nak advance, hantar ke Maahad, sekolah Tahfiz  and so on.. SUBHANALLAH, INDAHNYA ISLAM.

Hidup jadi anak2 zaman 90-an ni, memang syok, permainannya sangat tradisional. Lagipun aku jumpa computer pun time aku darjah 6 kot.. Dapat sentuh ja dan main Paint/ Pac Man. Handphone??? Hmmmmmm.. Handphone yang cahaya warna biru cantik yang jatuh kat lantai tak pecah2 pun aku dah “jakun” dah. Asyik main game “ular” je kerjannya.  Aku ni dari kecik macam tomboy sebab aku dibesarkan dengan bimbingan2 kaum-kaum adam . Kaum Hawa pun mak aku sorang je. Jadi, perangai ke’toboy’an pun terselah. Jiran-jiran lah peneman waktu petang.. Mujurlah  aku sempat dibentuk untuk jadi feminine. Dengan menyarungkan hijab, sudah cukup untuk menjadikan aku sedar naluri aku sebagai seorang perempuan. Feminine feminine pun, aku asyik kene buli dengan abang2 aku terutamanya abang sulung aku. Aku mengaku aku sayang gila dengan diorang bertiga. Hero aku.

p/s: Tak kisah lah keras mana atau lembut mana anak itu, andai kau bias didik dia dengan cara yang betul dan kene pada waktunya, InsyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan.

Hidup aku normal seperti kanak-kanak lain, sehingga setibanya satu malam…..
(Dua hari terakhir sebelum Raya Aidilfitri  tahun 2006)

Tengah syok-syok buat kuih bahulu, tiba- tiba dapat call dari someone.

My first Prince accident.. (abang sulung aku yang tua 10 tahun dari aku.. Time tu umur aku darjah 5)
Accident dalam perjalanan nak balik kampung naik motor. Then kitorang pun terus memecut pada jam 1 malam terus ke Hospital Ipoh.

Aku sangat kecil time tu, sangat naïf. Mama dan abah terus masuk ke wad kecemasan tanpa hiraukan aku. Aku pun jadi blurr,, aku pun masuk senyap2 padahal kanak-kanak tak dibenarkan masuk time tu. Astaghfirullah, apa yang aku nampak ibarat mimpi. Parents dan 2 org lagi abg aku mengelilingi sebuah katil. Bila aku datang dekat katil dan mengjengket sikit sebab pendek, MasyaAllah, aku nampak abang aku sendiri, kepala dia dibalut  tetapi masih banyak darah mengalir. Dia menggeletar ibarat terasa sakit yang teramat sangat. Tangan dan kaki diikat di tiang katil, sebab abang mengerang kesakitan. Waktu tu abang tak boleh berfikir dengan tenang sebab apa yang aku nampak dia betul2 sakit.. Semua orang menangis. Macam abang di ambang sakratul maut. Aku blur.. Aku pun menangis sebab aku yakin nyawa abang tak panjang. Dulu, aku sangat nakal dengan abang walaupun selalu kene buli, aku suka! Suka kena buli! Bagi aku, buli tanda sayang!!

Sesudah 3 bulan abang koma, abang dipindahkan ke wad biasa. Abang masih tak sedar. Kadang-kadang aku letakkan “earfon” kat telinga abang dan pasang bacaan ayat quran. Kadang2 aku nampak mama menangis hari-hari.  Kadang2 aku terfikir, orang lain rasa tak macam apa yang aku dan family aku rasa. Tak adil sangat kalau benda ni terjadi kat kami ja. Mama cakap, setiap orang ujian dia lain-lain. Aku diam. Sampai satu masa abang aku sedar tapi tak boleh bercakap sebab kene tebuk dekat bahagian tekak untuk saluran makanan, .hmm.. Kecederaan serius dan pendarahan kat otak dia dah bagi banyak impak pada diri dia. Tempurung kepala bahagian depan kepala kene keluarkan. Kalau korang sentuh kepala abang aku time tu, rasa lembik sebab yang sentuh tu adalah kulit, dalam dia ada lapisan, bawah lapisan terus otak. 

Sekali lagi mak aku kecewa sebab abang aku sedar,tetapi dalam kedaan yang macam itu, tidur di kerusi malas je.. dengan wayar semua. Kalau nak bawak keluar jalan2 kami pakaikan dia topi, tak nak orang perasan sekaligus pandang hina dan pelik terhadap abang aku.

Sampai satu masa, time tu aku masih kecil tak ingat umur berapa. Aku merajuk sebab tak dapat pergi jalan2 time weekend. Aku panjat sofa menangis kat tingkap. Time tu abg kedua aku baru keluar bilik air dan terus dia dtg dan duduk sebelah abg sulung aku. Macam ada sesuatu berlaku. Aku toleh dan tengok abang aku yang sakit tu mcm boleh bercakap. Nak tau apa yang dia cakap?? “ADIK TINGGI!!” dengan suara yang sayup serak-serak basah.

Alhamdulillah, satu lagi perkembangan otak abang aku.. dia dah boleh bercakap.. kami semua excited sangat. Mama dan abah terus keluar bilik terkejut dengan berita abang aku boleh bercakap. Semua berhimpun dekat ruang tamu, nak tengok perkembangan abang. Kami Tanya, “abang, ni siapa?” sambil tunjuk dekat aku. Abang jawab “adik”. Dan kami pun tanya banyak benda. Abang boleh bercakap tetapi dengan nada yang sangat lemah dan perlahan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya abang boleh becakap kan?.

Allah masih sayangkan mama dan abah, sekali lagi mereka diuji. Walaupun abang boleh bercakap, tetapi otak dia, fikiran dia, perangai dia 100% berlainan. Dia ibarat mempunyai jasad yang sama tetapi roh berlainan. Abang yang dulu panas baran dan sensitif, sekarang tak tahu apa itu marah dan sedih. Setitis air mata pun tak pernah aku lihat di wajah dia sampai sekarang melainkan kali terakhir ketika dia terlantar koma dekat ICU, air matanya mengalir sambil matanya tertutup. Sehingga sekarang, dia menjadi orang lain, ibarat budak kecil yang harus dididik semula ; memakai pampers orang dewasa ; makanan perlu dikawal kalau tak dia akan ambil apa je dalam peti ais termasuk ayam mentah. Dah nak dekat 10 tahun, macam tulah nasib abang aku sampai sekarang. Pendidikan dia, sijil2 pencapaian yang dia kumpul dulu, lesen memandu dia semua dah takde guna dah.

Sampai sekarang aku tak dapat bayangkan macamana mak aku boleh tahan atas semua ujian ini. Ya, orang hanya boleh cakap “bersabarlah”. Tetapi, diorang takkan pernah dapat rasa apa yang mak aku rasa. Orang yang anak dia dah meninggal selepas kemalangan lain. Macam abang aku, jasad ada, rupa sama, tetapi perangai orang lain. Tiap2 bulan kene pergi appointment ambil ubat, kalau tak abang aku tak boleh tidur, aggresif dan silap2 boleh kene sawan dan strok.

Aku pun makin besar, makin matang nak berfikir dan terima kenyataan. Abang aku cakap, aku lain dari gadis2 kat luar sana, sebab pengalaman ni mengajar aku untuk jadi lebih matang. Walaupun orang lain Nampak aku happy go lucky, tapi tak semua tahu aku ada seorang abang yang kurang upaya. Waktu sekolah dulu, aku cuba sorokkan keadaan abang aku, sebab aku takut orang lain pandang hina dan pandang rendah dekat aku. Aku dikelilingi dengan kawan2 yang bernasib baik sebab tu aku takut nak bagitahu hal sebenar.  Aku akan cuba mengelak kalau diorang tanya latar belakang keluarga aku. 

*Haishh!! Lap air mata hampa tu.. nah tisu.

Tetapi aku sedar, persahabatan itu harus jujur dan ikhlas. Kita bersahabat bukan kerana statusnya, bukan kerana latar belakangnya, tetapi sebab kita ikhlas nak rapatkan ukhwah kerana Allah. Kita pasti  akan lebih sayangkan dia kalau kita tahu diri dia yang sebenar dan cuba bimbing serta ingatkan dia atas apa tujuan kita hidup dekat dunia ni. Sekarang aku bebas berkawan dengan semua orang, tak kisahlah diorang tahu ke tak macammana kehidupan aku, yang penting diorang dapat terima aku dengan seadanya dengan karenah (ejaan salah) dan mood aku yang tak menentu ni. Aku dah bersyukur dah.

 *Ni pada pendapat aku lah, kalau korang ada pendapat lain terpulang. Boleh tulis di ruangan komen

Impian aku in the future sangat banyak. Tetapi salah satunya aku nak jadi seorang ibu yang lebih tabah dan lebih kuat dari mama. Walaupun aku tahu susah nak jadi setabah dan sekuat mama, tetapi aku akan pastikan aku akan jadi macam mama dan lebih dari itu. Aku nak tunaikan impian dan cita cita mama yang tak kesampaian dulu *rahsia tak nak kasitau

So, korang dah baca kisah hidup aku, tak semua aku boleh cerita sebab takut tak cukup page nanti. Hahahaa… Tapi inilah, yang sebenarnya terjadi. Aku harap korang bersyukur dengan apa yang korang ada. Jangan merungut! Setiap orang ada ujian masing2. Apa yang akan terjadi pada masa depan kita tak tau kan. So, sentiasa bersyukur dan jangan membangga diri melobih-lobih, sekeh kang.!! Aku yakin parents korang pun dah hadapi macam2 ujian dan dugaan, harap korang akan terus taat pada ibu bapa dan jangan sakitkan hati mereka. Ingat balik keadaan macamana mak ayah kita terpaksa bangun tengah tengah malam nak bancuh susu untuk kita yang menagis “uweeekkk uwekkk” ni. Hahaha

*aku tau korang tak ingat sebab masa tu baby lagi, cuba BAYANGKAN

Mungkin ada antara kita yang tak sempat nak rasa kasih sayang mereka, percayalah ada hikmah, mungkin Allah nak kita lebih berdikari dari kawan2 yang lain dan rasa erti tangungjawab.  Jangan lupa selalu sedekahkan Al Fatihah kepada mereka setiap kali selepas solat fardhu.

Aku hanya insan biasa. Ini je aku dapat share. Agak meleret dan panjang lebar, tapi aku puas. Hahahhaha.. Banyak lessons dalam story aku hari ni. Amik highlight dan gariskan isi-isi penting ye adik-adik. Cikgu nak soal balik dalam kelas esok,. *haha jangan marah.  Bye!




No comments:

Post a Comment