Tuesday, 24 November 2015

Diary #12

BACAAN-BACAAN KETIKA DALAM SOLAT

“Umur aku dah nak masuk angka 2, tapi, sampai sekarang bacaan solat pun aku tak mendalami makna dia. Aku ni Islam sejati ke Islam sepoyo..”

Mesti hampa semua pernah terdetik dalam hati..

Boleh dikatakan setiap hari kita menunaikan solat. Tetapi, boleh juga dikatakan hampir setiap solat,setiap bacaan kita tidak mengerti dan memahami maksudnya sehingga wujudnya perasaan sia-sia kerna tidak mengerti apa yang diucapkan.

Sesungguhnya kadar pahala kita dalam solat sangat ditentukan oleh seberapa persen kita ingat kepada Allah, menghadirkan hati, menghayati ucapan dan gerakan dalam solat.

Sahabat Nabi Ammar bin Yasir menyatakan:

لاَ يُكْتَبُ لِلرَّجُلِ مِنْ صَلاَتِهِ مَا سَهَا عَنْه

Tidaklah dicatat (sebagai pahala) dalam sholat seseorang ketika ia lalai
(diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dalam az-Zuhud no riwayat 1300)

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut
\
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Ha, sekarang mesti lega kan, dah faham apa yang dibaca. Lepas ni, kalau rasa tak ley hafal, print makna bacaan ni dgn besarkan saiz tulisa,,print,, tampal kat dinding. Buku Bio buku sejarah 5,6,7 perenggan tu hang boleh hafai, takkan bacaan solat yang hang buat sehari 5 kali dalam masa 20 tahun tak leh hafai kot..
Bye, semoga bermanfaat..

Credit to Azizie.com & kongsibersama07.blogspot






Wednesday, 28 October 2015

Diary #11

Time : 12:15 pm
Date: 29/10/2015
Location : MacD Sitiawan, Perak


Random Stuffs

Well, hi!

Tengah duk lepak2 kat MacD je then ada pula wifi free... Well, jangan Wi Fi Rogue sudahlah..
I dont have any specific topic to discuss with, but I just wanna greet this blog also to the readers.. Ha... Slang slang Kedah hilang dah..

Kita jadi ore Key Ell hari ni oke?

While having ice Mocha and Caramel Latte ni, i nak ajet2 mat Salleh la sikit kan.. Haha..

Here we go,
 Another chapter has gone..
 Chapter that bonded me and h** stoies.

Btw, tak sangka akan jadi macamni.
The messages that can be concluded from this weirdo sad frustrated story is,

Just be patient and believe that Allah has many better plans for us..

Go on jelah with our life.. Dont just because of small matters, kita huru hara kan hidup and torture people around us,,


I love of having many friends..

I hate when hurting them..

for those who are reading this not-so-interesting part of my blog, Im so sorry.. for hurting you..

for those who are used to be very close to me, and Im hurting them so badly, Im so sorry..

Yelah, we are human, Im a person.. Person do mistakes.. So do I..


Im missing you everyday.. Hoping we can laugh everyday...

Now, I just dont understand who must to be blamed..

My last words, Im sorry.. Sorry for everything..








Saturday, 3 October 2015

Diary #10

Time:11.04
Date: 3/1012015
LOCATION: Neverland

Bantu Aku Jadi Solehah🌸

mahalkan dirimu,
Agar tidak mudah dicapai oleh mereka..

Jagalah dirimu wahai si cantik,
Kerna kecantikan luaran sia sia tanpa keindahan dalaman...

Aku wanita biasa yang ingin dikurniakan title Solehah..

Solehah bukan diukur dari luaran , tetapi dalaman..
Kerna dalaman itu menentukan luaran..

Bantu aku jadi Solehah..
Agar aku bisa kuat merentasi badai dgn kalimah Allah..

Bantu aku jadi Solehah..
Agar aku bisa lahirkan para Satria dan Sri Kandi agama yang kukuh imannya...

Bantu aku jadi Solehah,
Agar aku bisa mengubah kehidupan mereka yang jauh dari landasan agama..

Bantu Aku Jadi Solehah..
Agar aku bisa merasai kemanisan agama ..

bantu, bantu aku jadi solehah..🌼


Wednesday, 30 September 2015

Diary #9

DATE: 30/9/2015
LOCATION: SECRET ROOM
TIME: 6:55 PM

CINTA..


Cinta tu memang indah.. orang katalah.. bukan aku..
Aku tak faham apa maksud cinta mereka.. Cinta kepada siapa..Cinta macamana..
Tapi bagi aku.. Cinta tu satu anugerah yang sangat bernilai..
Sebab.. even duit pun tak boleh beli cinta.. Even Mata duitan pun akan lari lepas dapat duit tu…sebab yang mereka inginkan adalah cinta..
Memang fitrah manusia untuk merasai penangan cinta..


*ni semua ayat aku sendiri kay,, walaupun tak sedap tapi takde copy n paste mana2 google ke pdf ke..hahaha


Bukan nye aku nak sangat cakap pasal cinta.. Tapi..apa yang aku Nampak kan..


Cinta manusia kini murah..
Mengapa murah? Bukankah setiap kisah cinta masing2 berbeza..
Ya..berbeza.. ada yang murah..ada yang mahal..
Di mana murah itu adalah cinta yang..


Diumpang dengan wang, dibelanja makan dan tonton wayang,
Dijual dengan ayat manis lebih manis dari Kek ceklat aku buat,
Ditipu dengan suara merdu si dia yang kaki kasanova,
Dijamu wajah-wajah cantik nan jelita lagi sempurna dan ajet-ajet korea..
Diperdaya dek kehiprokitan si dia pada pertemuan pertama,
Dan macam2 lagilah..
Cari lah yang mana kisah cinta anda..


Bukan apa, bagi aku..
Hidup hanya sekali..
Time nil ah kita patut kelam kabut kumpul amalan..
Mana tau kejap lagi bersemuka malaikat maut..


Time ni lah kita perlu bezakan yang mana perlu,
Yang mana satu sia-sia,.
Nak kata tak pandai beza,
Peksa BM dapat A.. -_-


Penat membebel, kita berpindah pula
Ke sebuah Kisah CInta yang…….. *fikir sendiri


Hidup aku ,,
Tak tahu nak kata malang atau beruntung,
Berkenalan dengan si dia tanpa dirancang,
Dek kerana satu pertemuan yang pada dasarnya rock-rock belaka,
Aku tak tahu nak tafsirkan,
Sampai satu hari aku terpaksa lukakan hati dia,
Dengan kata-kata Inshaa Allah, Allah reda,
Aku yakin sepenuhnya,
Walau terpaksa buatkan dia terluka,
Masih terlalu awal,
Sangat awal,
Atau aku sahaja yang terlalu negatif?
Entah..
Orang kata anak bongsu memang fail soal cinta,
Ye, aku mengaku memang betul..
Sampai sekarang aku diamkan perasaan..
Simpan elok-elok kunci dalam hati,
Sudah bertahun tak disentuh dibiarkan usang,
Biar usang pun,
Tetapi Masih hidup
 dek tersedar sejurus mendengar lagu,
Lagu yang mengingatkan aku kepada dia..
Tak nak cakap apa-apa,
Biarlah ini kekal sebagai kenangan,
Separuh kisah dongeng ku yang tak seberapa,
Biarlah Dia yang tentukan kisah selebihnya..
Mana tau ini kisah terawal dan terakhir sebelum aku dijemput Ilahi..
Mana tau juga jika jodohkan dengan insan lebih bermakna,
Mana tahu kan..


Bukan cinta si dia perlu kau risaukan,
Tetapi cinta Yang Maha Esa,
Jangan haraplah dapat sebuah kisah cinta indah-indah,
Kalau diri sendiri mencipta murka dari Allah,
Nauzubillah..







Tuesday, 15 September 2015

Diary #8

Time: 11:25 PM
Location: On my bed
Date: 4/9/2015

Hmmm... Tak tahu nak cakap apa..

Hati aku sedih sejak dua menjak,,,ayoyoooo ada je masalah aku ni..

hmmmmm.......

Sekarang aku rasa macam life is unfair. Entah la kenapa macamtu..

When someone yang rapat dengan kau betray kau dengan cara hanya kau je faham sakit dia macamna..and dia tak sedar itu adalah sebuah betrayal.. hasilnya sangat pedih..

Aku bukan malaikat.. Banyak rahsia aku rahsiakan... Nanti dikatakan membuka aib sendiri..payah..

Lelaki.. Insan yang kerap muncul dalam hidup aku..

Most of my family members : LELAKI
most of my lecturers: LELAKI
most of my friends je BUKAN LELAKI

sebab time sekolah menengah, aku pemalu orangnya..
Pemalu dan rasa rendah diri giler,, sebab aku ni tak cantik..jadi tak nak la jadi budak yang dicop
 "dia ni lah tak cantik, pastu annoying gilaa.." so aku buat keputusan jadi tak wujud dalam hidup kawan2 sekolah aku especially budak2 lelaki.. hanya kawan2 rapat, cikgu n classmates aku je sedar kewujudan aku di atas bumi ni..hahaha..

Start form 4, Alhamdulillah aku masuk SBP Sains..
Best lah, tak homesick langsung, sebab aku paling semangat nak masuk asrama dah lama da.. penat dikongkong rasa nak berdikari sikit..

Then, aku jd cultural shock.. Budak kelas aku ramai lelaki..dalam hati suka.. tapi otak cakap "adoyaaiiii"  "camna nak buat presentation nanti"

hahahah..boleh dikatakan semuanya ada rupa, hensem2 belaka....

still.. im being a girl with a low profile..

masuk form 5 ..tahun senior.. adalah zaman kegemilangan aku..

Aku kene masuk kelas semua perempuan yang kononya kelas budak2 elit.. Dalam sekolah tu ada dua je kelas elit, satu semua lelaki, satu lagi semua perempuan..

time tu speechless,..tapi lega jugak sebab boleh fokus utk SPM kan..takyah fikir nak pakai baju kurung apa untuk prep malam ..fuhh..

Ramai yang jeles dgn kewujudan kelas elit ni..macam bias pun ada.. tapi aku peduli pa..hahaha.
Hari demi hari.. Ramai lelaki yg menjadikan budak2 perempuan kelas aku sbg crush mereka..tak tau kenapa....mungkin kelas kami ramai yang cantik2 dan bijak2..maka di cop sebagai hot dan fofular..

Sekali lagi, aku peduli apa, aku nak straight A je time tu..

Tiba2 dengar ura2 aku pun sudah terlibat sbg salah seorg mangsa crush sorg student ni.. OMG..for the first time in forever.. buta apa mamat ni.. cari la perempuan lain,aku juga dia suka..hahha

Aku tak percaya pun senanya, tapi setelah banyak kali terserempak dengan mamat tu, memang obviously kawan dia kenengkan aku ng dia..kacau2..and dia pretend malu depan aku..Aku takde reaction sangat..Sebab tak pernah experience so, aku buat cool dan muka kosong jela..

Time tu aku pun confuse, aku ke dia yang lelaki ni.. Ciss..

Haha.. Lama-lama baru aku perasan, mamat tu senanya geng dengan sorang student yang pernah propose aku time form 4. Di mana geng mereka ni amatlah Famous + Nakal

 Hahaahahhahaha macam dalam novel pulak..

Kisahnya bermula time hujung tahun time aku form 4

Batch kitorg nk buat prom night .. So dorang buat proposal nak adakan partner lelaki perempuan untuk mlm tu,.. N adakan satu tarikh di mana lelaki cabut dapat nama siapa(perempuan). Nasiblah kalau bermadu pun..
entah kenapa sekolah aku approve, ..ciss

Tibalah masanya..

Satu malam..
Budak perempuan suma dok ready dalam kelas .. ada yang pakai bedak sapu baby johnsons dengan lips ice bagai... nak kene propose la katakan..

'yeahhhhhhhhhhhhhhh" bunyi tu keluar dari dalam dewan...aduhh..ada yang happy kot dapat nama crush dorang..

aku terfikir, agak2 orang yg dpt nama aku tu happy ke hampa???

Maka malam tu self esteem aku menurun dengan mendadaknya.. Dengan hati yang tabah, aku buat keputusan nak lari ..tak nak duk dalam kelas...aku pun pi cari port baikkk punya.. sambil2 baca buku untuk exam esok,,sampai la tamat waktu prep..

Aku pun balik la dorm..

“syu!!!!kau pi mana???? Dia cari kau kot, nak lamar hang!!”
Whattttttttttttttttttttttt

“kau ta nak tau ke siapa mamat tu?”
“tak nak!!jangan bagitahu aku!! Aku ta nak tahu!.. bye nak tido!”

Maka siapa gerangan mamat tu, misteri la ia sampai nak hampir 2 minggu . Mana taknya, aku lari je memanjang.
Nasib kau la! Sape suruh cabut nama aku..wekk..

Sampai lah satu masa aku tengah duk praktis koir utk wakil rumah..
Tengah duk nyanyi lagu Untuk Dia, tiba-tiba lagu

terus ubah kepada lagu “That Should be Me- Justin Bieber”

Pahallll pulak.. suka hati je ubah tiba2..bagilah sign dulu..

Tiba-tiba aku perasan ada sorang lelaki ni rapat je ngan aku..haiiiihh memang akan jadi mangsa tendangan aku ni! Makin rapat je..choiii jauh sikit lah!

Aku pun toleh sikit, aikk.. ni bukan mamat koir aku.. Tiba2 dia pegang bunga..hulur kat aku..

“will you be my date?”
Whattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

I can’t believe that… Tiba2 budak2 koir memngelilingi kami sambil bersemangat nya nyanyi lagu Justin tu..

Aku yang tersipu-sipu malu ni pun cakap ala-ala cerita omputih tu..

“yes! I do..” acah-acah movie sikit..

Dia pun sengih macam kerang tak mandi n blah dari situ..

Kawan2 lain datang peluk aku, macam aku kene propose kahwin..cisss~

So,
Sweet tak??

Sweet en??

Inilah antara kenangan manis yang tidak mungkin aku lupa,..

Aku nk usaha jaga ingatan, elak makan semut..

So nanti boleh aku cerita dengan belagaknya kat cucu cicit aku..biaq depa rasa opah depa ni hot..hihihi

Setiap orang ada kisah nya tersendiri… Anda semua pelakon ..Anda penulis skrip.. Anda pengarah..   tata!


 



Thursday, 27 August 2015

Diary #7

Time: 10:24 PM
Date: 27/8/2015\
Location: Room "ku"

Assalamualaikum korang..

Sudah berdekad rasanya tak tulis blog.. Sudah berabad tak menyuci hati..


Maka aku rindu dengan kata-kata perangsang aku sendiri.. Ya, aku tulis untuk kau dan untuk aku.. Setiap kali aku tersasar, aku akan baca balik..
Sebab lepas je baca.. Aku akan cuba jadi diri aku yang dulu...

Dan terus muhasabah...

Harini aku galak nak pakai ayat-ayat romantis.. Biar hampa tangkap leleh sikit..

Walau lama, terasa sekejap..

Walau sekejap, terlalu banyak dosa..
Walau sekejap , terlalu banyak leka.
Walau sekejap, aku masih sempat tersasar..

ALLAHU'

Kau tahu? Allah dah hadiahkan aku sebuah ujian..
walau payah untuk aku hadapi..,walau perit untuk aku terima..
Tapi Syukur, Syukur dan Syukur,.
Aku berjaya pulang ke jalan kebenaran..

Aku tersenyum, rasa bahagia..
Sebab ujian ini,
Mengajar aku apa tujuan hidup,
Apa erti ketenangan..
Apa erti kebebasan..
Apa erti setia..

Nak tahu apa rahsia di sebalik kejayaan ni??


1- Ingat ALLAH YANG BAGI KAU NYAWA
2- Ingat MATI YANG TAK SABAR NAK PANGGIL KAU
3- Ingat MAK AYAH YANG DAH PENAT GILER MEMBESARKAN KAU

Tiga benda ni dah selamatkan aku..
Senang je..

Kalau kau rasa kau hidup dalam kesesatan, tanpa arah tuju, tak tenang, ada benda tak kena..

Bukan KEKASIH yang perlu kau miliki..
Bukan LAGU yang perlu kau cari..
Bukan KEBEBASAN DUNIA yang perlu kau terokai..

TAPI QURAN YANG PERLU KAU HAYATI

KERNA  QURAN ITU PENYULUH HIDUP..

Kenapa berat sangat nak selak Quran??
Kenapa MALAS sangat nak baca dan fahami Quran?

Astaghfirullah..

Jangan begitu,

TAKUT NANTI QURAN YANG BERAT NAK TOLONG KAU ..

p/s : Aku teringat kata2 ustaz aku, Allah lebih respon terhadap doa orang baru lepas bertaubat dari buat dosa 3 kali dari orang yang berdoa ketika sujud..

Awak............................

Jangan risau awak,, ......................

Allah tu Maha Penyayang.....................

 Dia faham kita selalu buat dosa............................

 Maka dia akan sayang kita kalau kita memohon ampun dari-Nya/ bertaubat sejurus lepas tu..

Tapi jangan lah ulang kesalahan yang sama.. Kalau TERulang,, Bertaubatlah lagi dan lagi..

Moga-moga kita mati dalam keadaan yang sedang memohon ampun kepada Allah, bukan dalam keadaan yang leka dengan nikmat Duniawi yang sekejap..

Saya tak nak awak putus asa dan tersasar jauh.. Sebab percayalah, waktu tu hati kita sedang tenat..perlukan ubat..

Tapi awak tak sedar, sebab awak ingat hal2 dunia yang leka boleh jadi ubat antibiotik untuk awak..

Sedangkan awak perlukan ubat yang lebih berkesan..

Saya cakap sebab saya sayang awak..

Selamat MALAM..








Thursday, 11 June 2015

Diary #6

Time: 8:12 PM
Date: 10/6/2015
Location: Room sahaje

Hai guys, salam maghrib (pada waktu ini).. sementara nak tunggu masuk waktu Isyak, aku nak luahkan ala ala Heart to Heart dalam ni,..

Waktu cuti dua tiga minggu lepas, memang aku nak tulis, tapi tak jadi. Sebab aku rasa sangat sangat tak patut untuk aku tulis benda yang aku tak buat kan.. Tak guna ceramah panjang2 kalau diri sendiri tak buat. Memanglah sebenarnya tak kira apa pun kita patut berkongsi ilmu semua tu, tapi bagi wakil diri sendiri aku akan rasa MALU teramat dengan sendiri dan teramat sangat sangat dengan ALLAH.
Yela, sembang je lebih pun tak guna kan .. *bagi aku jelah *pendapat orang lain lain

Sebab kalau kita fikir balik, waktu dulu, sesuatu hadith akan turun taraf dia kalau perawi tu sendiri buruk akhlaknya. *betulkan kalau salah

So, sama jugak, dakwah kita, mungkin akan turun taraf kalau kita sendiri tak tentu hala. Solat lewat, AL Quran pun baca seminggu sekali.  Haishh,, aku takut senanya nak cakap lebih-lebih. Kita sama-sama doakan agar Allah sentiasa lindungi kita dan tetapkan iman kita.

Ni doa iman,

Kalau tak berkesempatan nak hafal, https://www.youtube.com/watch?v=z01Wxbtai94 nah baca sama-sama dengan Kumpulan feberet aku UNIC..






Actually, sepanjang cuti 3 minggu ni, banyak benda yang sudah aku belajar. More likely based on my experience. Aku bersyukur sangat sebab aku dipilih untuk mempunyai kesedaran yang macamni. Korang dengar ni! Kalau korang ulang balik kesalahan apa yang aku buat, aku tikuk kepala korang.. *hiperbola

Berumur ganjil 19 ni, *tetibe
memang hormone tak stabil. Tak tahu nak definisi apa perangai aku yang tak serupa anak gegirl yang lain. Tak nak cerita apa yang aku alami nanti mengaibkan diri sendiri pulak. Tapi, pengajarannya disini,

JANGAN MERUNGUT TETAPI BERSYUKUR

Please korang, aku mohon sangat sangat bersyukur dengan apa yang korang ada.. korang tak cukup apa lagi, habaq mai!!!!kaki?? ada!! Agama Islam pulak tu! Sihat pula, badan sado ,, ! Tangan? Ada!! Kau tahu tak??  Aku dah luka berdarah lebam bengkak kat ibu jari ni baru nak tahu erti syukur ada jari.. Jangan jadi macam aku weyh.! Sebelum pape buruk jadi, baik bersyukur..

 Aku tahu lah bersyukur tapi Acanoo nak bersyukur eh jang>??

IMAM AL GHAZALI ada menjelaskan cara-cara nak bersyukur.

Ø  Dengan Hati

Ø  Dengan Lisan – say Alhamdulillah

Ø  Dengan Perbuatan- sedekah, memberi ilmu, berbuat baik, beribadah

Ø  Menjaga nikmat dari kerosakan-

(ha, ni penting! Kalau dah tahu diri tu sihat walafiat, silalah jaga kesihatan, bukan rosakkan paru-paru dengan menghisap Dunhill *contoh
Nikmat lain, IMAN, silalah pelihara iman anda dari kekotoran yang tidak bisa dicuci dengan Dynamo. Maka, jagalah solat, bacalah Quran, berdzikirlah dan jauhilah kemungkaran

*dengaq lagu lagho ada unsur2 haram dan bahasa mencarut tu semua boleh gelapkan hati tau! Hang tau tak?! Tak menjaga nikmat lah tu)

           Tapi kan, bagi aku kan, nikmat yang sangat berharga bagi aku kan adalah Nyawa, Iman dan                Islam..
           Cuba hampa bayangkan kalau hampa dilahirkan sebagai penganut agama lain, Hindhu                          misalnya..

            Cuba hampa bayangkan sekarang waktu tengah baca blog aku yang cantik menarik tertarik kau memang da boom, tiba2 malaikat maut datang?? Hampa tak solat fardhu lagi ni!! Tu dia……. MasyaAllah.. *dah pi solat sekarang, stop sat!

Tapi tulah, fikir masih bernafas ni lah aku bersyukur.. Bayangkan tidur malam ni, esok buka mata tiba2 gelap gelita, korang pun menjerit minta tolong,,rupa rupanya korang tak buka lampu.. hahahahhahaa …. Okay tak sampai punch line..eleh,, okay lah tu, at least korang bernyawa lagi kan boleh bukak suis lampu.. Jangan sampai sudah nyawa-nyawa ikan, waktu tu sudah tak berguna.. Domino pizza pun tak berharga lagi di depan mata.. 

So, Korang nak apa lagi??

 Tell me your wish, Im genie for your dream.. Harapan ar ,, tu sume tak wujud.

Nak cantik di sekala 10?? Putih melepak macam dinding bilik aku?? Tinggi mengalahkan Kwang SOO?? Untuk apa?? Sebab nak femes bagi orang banyak LIKE kat insta ka??? Nak tackle aweks/pakwe hensem??

Abam kakak, tu sume TAK KEKAL..

Meh aku bisik kat telinga kaum hawa, kaum adam aku habaq guna microphone dari 5 depa..

ALLAH HANYA MEMANDANG AMALAN MU WAHAI INTAN PAYUNG! ITU YANG KEKAL SAMPAI KE ALAM BARZAKH SAMPAI DIHISAB SAMPAI KE ALAM AKHIRAT . ALLAH YANG JADIKAN AWAK MACAMTU NAK RISAU APA LAGI, ALLAH PINJAMKAN JE PUN, ALLAH YANG MAHA BESAR YANG CIPTAKAN LANGIT DAN BUMI YANG JADIKAN FIZIKAL DAN KEHIDUPAN AWAK MACAMTU!!!

Hampa teruskan je jadi budak baik, relax serta skema plus cool macam aku je, senang cerita,… Jadi yang terbaik maka Allah pun akan berikan yang terbaik buat kita InsyaAllah,..

Be with Allah & Allah will protect you.

Jangan time kecemasan macam tiba-tiba ada kat tengah lautan sorang sorang  dan tersesat di hutan time camping je nak ingat Allah.. Ingat setiap masa.. okayh awok awok,,,

Dah dah,, lepas ni bersyukur ye sayang. Kalau tak jugak aku tembak hampa dengan senapang gajah bertubi tubi *hiperbola

Sampai di sini sahaja kasih sayang aku berikan pada hampa, apa tak cukup lagi ke???

Nanti aku kongsikan cerita cerita menarik ye,, InsyaAllah.. Aku hanya hamba Allah yang lemah yang tak cukup ilmu pengetahuan, tapi aku akan cuba sedaya upaya kongsikan apa yang aku tahu dan aku alami.


Uhibbukum Fillah